shaklee

BAHAYA! Kaedah cuci darah atau Ozone Therapy. 

​Lepas satu, satu benda jadi trending. Kalau sebelum saya ada post tentang kegilaan orang kita cucuk vitamin C sedangkan ianya tidak mendapat kelulusan dari KKM. Hari ni saya nak share tentang Ozone Therapy yang juga menjadi ikutan orang kita. Sebelum ni bila artis-artis ni buat suntikan vitamin C, orang ikut. Sekarang bila diorang buat Ozone Therapy, orang ramai pun ikut nak buat juga. Semata-mata nak jadik cantik, putih & flawless macam artis pujaan mereka. Itu masalah orang kita, ikut tanpa buat research. Percaya bulat-bulat. 

Mohon baca & hadam 

credit dr page psuedosciene watch

Nampaknya Ozone therapy semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Di dalam rawatan ini, mereka akan menyedut darah daripada pesakit dan dipaksa masuk ke dalam mesin mereka. Di dalam mesin ini pula, mereka akan ‘mengozonekan’ darah tersebut dgn gas ozone yg terhasil drpd mesin mereka.

Selalunya mereka akan menggunakan ‘Corona Discharge’ untuk menghasilkan gas Ozone tersebut.

Selain daripada itu, pencair darah seperti heparin juga akan dicampurkan di dalam darah supaya darah tidak membeku.

Ada beberapa penjelasan yang perlu diketahui oleh para pengguna apabila menggunakan rawatan seperti ini.

1. Kolesterol

Ramai daripada kalangan mereka yg menyediakan terapi ini mengatakan mesin mereka boleh membuang kolesterol. Buktinya apabila darah itu keluar drpd saluran darah terdapat bahan yg berwarna putih sekali berada di dalam darah tersebut berserta ketulan.

Mereka mengatakan itulah kolesterol di dalam darah. dan apabila melepasi mesin ozone tersebut, ketulan berwarna putih itu akan hilang.

PENJELASAN: Bahan yg berwarna putih itu bukanlah kolesterol. Ianya adalah fibrin iaitu kompoun yg terhasil disebabkan darah hendak membeku(clotting). Ia bukanlah kolesterol kerana kolesterol tidak bergumpal sedemikian rupa. Dan selalunya kolesterol larut di dalam air kerana ia disimpan di dalam kompaun yg besar seperti lipoprotein.

Bahan berwarna putih(fibrin) itu hilang disebabkan pencair darah seperti heparin di masukkan ke dalam darah tersebut. Maka, proses pembekuan darah akan terhenti dan darah menjadi cair semula.

Maka, mesin ozone tidaklah menapis kolesterol


2. Darah hitam menjadi cerah.

Selalunya darah yg keluar drpd saluran darah berwarna gelap dan apabila keluar drpd mesin ozone ianya akan menjadi cerah. Staff Ozone akan mengatakan mesin mereka telah mengeluarkan toksin drpd darah pesakit sebab itu ianya lebih cerah

PENJELASAN: Sebenarnya darah yang keluar daripada saluran darah itu selalunya berasal drpd saluran darah vena yg membawa darah yg mempunyai kurang oksigen ke jantung.

Perlu diketahui darah yg kurang oksigen memang akan kelihatan gelap berbanding darah yg mempunyai oksigen.

Berbalik kepada mesin ozone, apabila darah memasuki mesin ini, ia akan meng’ozone’ dan juga memberi oksigen kepada darah pesakit tersebut. Disebabkan perkara itu darah akan berubah warna kepada warna merah yg lebih cerah. Kerana darah itu telah diberi gas oksigen. BUKAN DISEBABKAN TOKSIN YG DIKELUARKAN. Kerana tiadapun toksin yang dikeluarkan drpd mesin tersebut
3. Jangkitan kuman

Perbuatan mengeluarkan dan memasukkan darah membuatkan seseorang itu berpotensi terkena jangkitan kuman. Ini kerana kita mengeluarkan darah pada kuantiti yang banyak dah mendedahkan ia pada kawasan diluar badan.

Jika kuman dapat masuk terus ke dalam saluran darah, kesannya sangatlah teruk

Walapun ia menggunakan sistem yg tertutup dan sterile. Tetapi ianya masih mendedahkan pesakit kepada sesuatu kuman yg merbahaya.
4. Pecahnya sel darah merah.

Darah yang disedut daripada saluran darah mempunyai kemungkinan yg besar untuk membeku. dan darah yg beku inilah yg dipaksa untuk masuk ke dalam mesin tersebut. Salah satu caranya adalah dgn menghimpit darah tersebut supaya ia ditolak masuk ke dalam tiub penapis yg meng’ozone’kan darah tersebut.

Hasilnya banyak darah yang akan terpecah dan melepaskan ion pottasium ke dalam darah. potassium yg tinggi di dalam darah boleh menyebabkan rentak jantung menjadi tidak normal. Jika potassium terlampau tinggi, ini akan menyebabkan jantung berhenti berdenyut secara tiba2 dan pesakit meninggal dunia.

Jika anda sygkan nyawa anda, kami cadangkan untuk elak drpd melakukan rawatan seperti ini.

Tiada lagi kajian klinikal yang membuktikan prosedur yang berbahaya ini mendatangkan manfaat dalam kesihatan manusia.

Dalam islam, jika sesuatu perkara itu belum lagi dpt dibuktikan mendatangkan manfaat tetapi adanya keraguan/syak daripada segi keselamatannya, maka kita mengambil langkah untuk meninggalkannya.

Begitu juga Ozone therapy ini, tiada kajian klinikal yg menunjukkan ia mendtgkan manfaat. Malah diragui drpd segi keselamatanya, maka langkah yg terbaik adalah meninggalkannya.

Jika nak ikhtiar pun, ikhtiar lah cara yg sudah terbukti keberkesanannya dan tidak diragui kesan sampingannya.

Kenapa perlu membahayakan diri sedangkan ada cara yang lebih SELAMAT untuk tampil sihat, cerah dan flawless?


Hanya dengan pengambilan sesudu Vivix sehari untuk diri anda, ianya mudah diamalkan tanpa sebarang risiko. Vivix adalah produk yang dipatenkan yang dirumus daripada bahan semulajadi, selamat dan TERBUKTI berkesan.


Selain Vivix, ingin saya mengesyorkan pakej rawatan lengkap detox untuk seluruh badan.

Hubungi saya untuk mendapatkan Vivix atau set lengkap detox Shaklee dengan harga ISTIMEWA

Mas

0135202707

Pengedar SAH Shaklee bagi kawasan Kepong-Sri Damansara-Selayang-Batu Caves

Setiap pembelian set detox Shaklee, anda layak mendapat tawaran berikut:

✔Percuma keahlian Shaklee bernilai rm70

✔Percuma poslaju

✔FREE gift

✔layak untuk cashback

Pembelian secara ONLINE ➡ Klik Buy Now

Daftar sebagai ahli Shaklee untuk mendapatkan penjimatan produk Shaklee sehingga 20%

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s