shaklee

Tanda-tanda Ketidakseimbangan Hormon

Kita melihat bahawa ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan beberapa simptom seperti pertumbuhan rambut yang tidak diingini di bahagian muka, jerawat, berat badan berlebihan dan keadaan yang lebih serius termasuk sindrom ovari polisistik (PCOS).

 

 

Hormon tidak semuanya memudaratkan – ia merupakan bahagian penting yang menyumbang kepada kesejahteraan bagi tahap tenaga, penghadaman, perubahan emosi dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, apabila hormon berada dalam keadaan yang tidak stabil, ia boleh memberi kesan yang negatif kepada kita seperti jerawat hormon, keletihan serta ingatan yang kabur.

Mari kita meneliti tanda-tanda ketidakseimbangan hormon-hormon yang biasa dan bagaimana untuk mengimbanginya semula

 

Tanda-tanda Ketidakseimbangan Hormon

Berat Badan yang Meningkat secara Mendadak atau Berterusan

Apabila berat badan meningkat secara mendadak atau berterusan walaupun anda bersenam dan makan secara sihat, kemungkinan disebabkan oleh hormon. Estrogen yang berlebihan, hormon tiroid yang rendah dan rintangan insulin adalah penyebab biasa yang menyukarkan pengurangan berat badan.

 

Keletihan

Sukar untuk bangun dan berasa letih pada siang hari, walaupun selepas tidur malam yang nyenyak, boleh menjadi petanda bahawa tiroid dan adrenal yang kurang berfungsi. Mengalami kesukaran untuk tidur dan kekal lena adalah satu lagi tanda ketidakseimbangan hormon yang boleh mengakibatkan keletihan.

 

Jerawat Hormon

Jerawat yang besar dan menyakitkan di bawah kulit di bahagian dagu atau garis rahang adalah petanda awal kepada ketidakseimbangan hormon.

 

Masalah Penghadaman

Gas, kekembungan dan penyingkiran segalanya boleh dipengaruhi oleh hormon. Estrogen dan kortisol yang berlebihan serta beberapa jenis prostaglandin boleh menyebabkan usus longgar, manakala tiroid yang rendah boleh menyebabkan masalah sembelit.

 

Sindrom Pra-haid, Perubahan Emosi, Kebimbangan atau Kemurungan

Perubahan emosi yang tidak menentu selama sebulan (atau sehari!) adalah normal, namun sindrom pra-haid yang melampau, perubahan emosi yang drastik atau keresahan dan kemurungan yang berpanjangan adalah akibat daripada ketidakseimbangan hormon.

Namun ianya masih ada harapan! Dengan hanya beberapa perubahan utama di dalam diet, gaya hidup atau mengamalkan supplemen, hormon kita dapat dikembalikan pada landasan sepatutnya.

Atasi masalah hormon yang tidak seimbang dengan mengamalkan GLA Complex. GLA Complex bertindak untuk menstabilkan hormon anda. Malah ia juga membantu wanita yang mengalami masalah kesuburan akibat daripada ketidakseimbangan hormon.

Bagaimana nak dapatkan GLA Complex

Cara 1 – Anda boleh terus klik ke GLA Complex ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDex akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan
Cara 2 – Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Kepong, Selayang, Batu Caves dan sekitarnya
Mas
Call/SMS/WhatsApp: 013-520 2707
Jom Like & Follow saya
FB: Normasliha Ismail
Page: Love Mama Store
Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s